CIRI-CIRI SEKOLAH SELAMAT
Berita tentang keselamatan sekolah telah menjadi bahan perbualan masyarakat.
Huraikan ciri-ciri sekolah selamat.
Sekolah yang selamat bermaksud
tidak berlakunya kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar dan
guru di situ. Antara kejadian yang pernah berlaku di kawasan sekolah
ialah kejadian pergaduhan, kecurian, dan perkosaan. Oleh itu, wujud
pelbagai ciri yang menjadikan sesebuah sekolah itu selamat pada mata
masyarakat umum.
Ciri yang paling mudah ialah pihak
sekolah menempatkan pengawal keselamatan di pintu masuk sekolah itu.
Pengawal ini juga boleh meronda kawasan sekolah mengikut masa tertentu
sebagai usaha memastikan keselamatan sekolah terjaga. Jadi, tindakan
menggaji pengawal keselamatan menjadi langkah mudah untuk memastikan
sekolah selamat.
Selain itu, setiap bilik di sekolah
itu perlulah dilengkapi dengan alat pemadam api yang mudah untuk
diperoleh. Maknanya, pelajar bukan sahaja diberi latihan menggunakannya
tetapi hendaklah diletakkan di tempat yang paling strategik untuk
keberkesanan penggunaannya kelak. Jelaslah, alat pemadam api boleh
memastikan kebakaran yang berlaku dikawal sebelum ketibaan pihak bomba.
Tambahan pula, sebuah sekolah yang
selamat turut memiliki pelan arah keselamatan apabila berlakunya
sebarang kejadian seperti kebakaran, banjir, dan sebagainya. Pelan ini
memudahkan pelajar mengetahui tindakan yang harus diambil oleh mereka
dan arah yang dituju ketika perkara kecemasan berlaku. Sebenarnya,
kewujudan pelan sebegini memastikan pelajar dapat menyelamatkan diri
dalam keadaan tenang dan teratur apabila berlaku sesuatu perkara buruk.
Kewujudan pengawal lalu lintas
terutama di kawasan sekolah yang berhampiran jalan utama lalu lintas
turut penting dalam menjamin keselamatan penghuni sekolah. Pengawal ini
akan memastikan pelajar melintas jalan dengan selamat dan memerhatikan
persekitaran ketika pelajar sedang menunggu kedatangan ibu bapa mereka
itu. Sesungguhnya, pengawal lalu lintas menjadikan pelajar lebih selamat
ketika keluar dari kawasan sekolah.
Kesimpulannya, setiap sekolah
hendaklah memberi penekanan terhadap aspek keselamatan pelajar mereka.
Jika pihak sekolah masih berdolak-dalih dalam hal ini sudah pasti
sesuatu tragedi hanya menanti masa sahaja untuk berlaku. Mungkin sudah
sampai masanya pihak sekolah melihat keselamatan pelajar melebihi
segala-galanya sebelum nasi menjadi bubur.
Tiara tulis memasang sistem kamera
BalasPadamTiara tulis memasang sistem kamera
BalasPadamI dont know how to say :\
BalasPadamUi siapa tu Tiara ek?
BalasPadamUi buduh betul lah hang ni. Tiara tu kawan dia le. Otak tu diguna
BalasPadamkalau nak gaduh tu jangan kat sini. Kat sini tempat nak belajar. Bukan nak gaduh.
BalasPadam