KESELAMATAN DI KAWASAN SEKOLAH
PENGENALAN
Keselamatan adalah satu keadaan
yang selamat, sejahtera, aman dan terlindung daripada sebarang masalah fizikal,
sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan
perkara-perkara lain yang boleh melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak
diingini berlaku. Keselamatan di sekolah lebih kepada pencegahan berlakunya
sebarang kes kecederaan dan kemalangan di semua tempat dalam lingkungan kawasan
sekolah seperti di stor sukan, kantin, dewan, bilik komputer, bilik darjah,
asrama, bilik mandi, tandas, padang dan dapur.
Bagi mengelakkan sebarang
kemalangan yang tidak diingini terjadi maka langkah-langkah pencegahan perlu
dirancang, disusun dan dilaksanakan dengan terperinci demi kebaikan bersama
semua warga sekolah. Oleh itu, satu proses prosedur keselamatan mengenai
tatacara penggunaan sesuatu empat perlu disebarkan dan disampaikan dalam bentuk
risalah atau poster. Tatacara ini termasuklah dari segi penggunaan secara am,
tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru. Dengan adanya prosedur
ini, pihak pentadbiran dan semua warga sekolah akan mempunyai komitmen dalam
memberi kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah
yang kondusif bagi membantu perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu.
1.0
PROSEDUR KESELAMATAN KAWASAN
SEKOLAH
Prosedur keselamatan adalah
proses yang digunakan sebagai panduan seseorang individu atau kumpulan individu
dalam mencegah atau mengelakkan sesuatu kemalangan yang boleh mengundang bahaya
dari segi fizikal, emosi, mental dan sosial berlaku. Di sini akan dibincangkan
tatacara penggunaan am, tatacara penggunaan murid dan tatacara penggunaan guru
bagi empat tempat di kawasan sekolah iaitu stor sukan, kantin, dewan sekolah
dan bilik komputer.
Tatacara penggunaan boleh
didefinisikan sebagai satu prosedur kepada langkah-langkah keselamatan yang
perlu diambil oleh semua warga sekolah bagi memastikan persekitaran sesebuah
tempat memberi keselesaan dan keselamatan untuk menjalankan sebarang aktiviti
tanpa gangguan daripada sebarang kecelakaan, kemalangan dan kecederaan. Oleh
itu, bagi mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi,
tatacara penggunaan tempat perlu dijadikan panduan untuk menjadikan pengurusan
prosedur keselamatan berjalan dengan lancar.
2.0 STOR SUKAN
Stor sukan merupakan sebuah
tempat yang digunakan untuk menyimpan pelbagai peralatan sukan supaya ianya
selamat dan tidak mudah rosak. Ini bagi mengelakkan pihak sekolah terpaksa
membelanjakan ribuan ringgit bagi menggantikan kerosakan peralatan tersebut. Maka
perlu diwujudkan tatacara penggunaan stor sukan bagi melicinkan pengurusan dan
keselamatan murid.
2.1 TATACARA PENGGUNAAN AM
2.1.1 Rekod Keluar Masuk
ü
Perlu
mempunyai rekod inventori, rekod keluar dan rekod masuk bagi semua peralatan
yang digunakan agar mengetahui bila dan siapa yang menggunakannya serta
mengetahui siapa yang memberi kebenaran tentang penggunaan peralatan tersebut. Ini
bagi mengelakkan kecurian peralatan berlaku.
2.1.2 Peralatan Disimpan Di Tempat Khas
ü
Alat-alat
sukan hendaklah diletakkan di tempat khas yang mudah diambil oleh Ahli
Jawatankuasa Penyelenggaraan Stor Sukan yang bertugas. Di samping itu, tempat-tempat tersebut perlu dilabelkan
bagi melicinkan urusan pengeluaran dan pemulangan kembali peralatan.
2.1.3 Peralatan Berbahaya Perlu Perhatian
ü
Peralatan
berbahaya seperti lembing, peluru, tukul besi dan cakera mestilah disimpan,
dijaga dan diawasi penggunaanya. Pengeluaran peralatan ini adalah terkawal dan
perlukan pengawasan daripada guru yang bertugas.
2.1.4 Kelulusan Piawai Dan Pengikhtirafan
ü
Semua
peralatan sukan mesti mempunyai kelulusan piawai dan pengikhtirafan daripada
undang-undang persatuan sukan. Ini bagi mengelakkan pengeluaran peralatan yang
tidak berkualiti.
2.1.5 Dilupuskan Mengikut Prosedur
ü
2.2 TATACARA PENGGUNAAN MURID
2.2.1 Kebenaran Memasuki Stor Sukan
ü
Murid
dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru dalam pelbagai urusan. Hanya
individu tertentu sahaja yang boleh memasuki stor sukan atas urusan pengeluaran
dan pengembalian peralatan tersebut.
2.2.2 Laporan Kerosakan
ü
Murid
perlu melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan
yang digunakan bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku apabila aktiviti
sedang dijalankan.
2.2.3 Pengembalian Peralatan Sukan
ü
Semua
peralatan sukan yang telah digunakan haruslah dikembalikan dalam keadaan yang
selamat dan bersih di samping memastikan jumlah yang dikembalikan adalah sama
dengan jumlah peralatan yang telah dikeluarkan.
2.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU
2.3.1 Merekodkan Penggunaan Peralatan Sukan
ü
Guru
harus menyediakan buku rekod bagi memudahkan kerja merekodkan semua peralatan
sukan yang digunakan.
2.3.2 Tugas Guru Sebagai Pengendali Stor Sukan
ü
Guru
bertanggungjawab mengeluarkan dan memeriksa peralatan agar dalam keadaan
yang baik sebelum sesuatu
aktiviti atau acara sukan bermula. Di samping itu, guru
juga akan menyimpan dan
memastikan peralatan yang dikembalikan dalam keadaan
seperti sedia kala serta
bersih.
2.3.3 Mengawasi Penggunaan Peralatan Yang
Berbahaya
ü
Guru
sentiasa mengawasi dengan rapi penggunaan alatan yang mempunyai ciri-ciri
bahaya. Selain itu, guru bertanggungjawab memastikan peralatan sukan tersebut
dalam keadaan yang terbaik untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan sebarang
kemalangan dan kecederaan berlaku.
2.3.4 Laporan Kerosakan Dan Kehilangan Peralatan
ü
Guru
harus membuat laporan tentang kerosakan dan kehilangan serta peralatan yang
perlu diperbaiki. Laporan ini penting bagi mengetahui status peralatan sama ada
boleh digunakan atau dilupuskan.
2.3.5 Guru Berkelayakan
ü
Pentadbir
sekolah memastikan pelantikan guru penasihat yang berkelayakan dan bertauliah
dalam mengendalikan peralatan sukan. Ini bagi memastikan urusan sukan berjalan
dengan lancar dan tidak berlaku kekeliruan dalam pengendalian tatacara
penggunaan stor sukan.
3.0 KANTIN
Kantin merupakan premis yang
penting kepada warga sekolah bagi mendapatkan keperluan makanan semasa berada
di sekolah. Kantin juga adalah sebuah tempat yang sentiasa menjadi tumpuan
murid-murid sewaktu rehat bagi mendapatkan makanan dan minuman yang diingini
untuk mengalas perut yang lapar. Andai pengurusan prosedur keselamatan di
kantin diabaikan dan tidak diaplikasi dengan penuh disiplin kemungkinan banyak
risiko yang akan berlaku. Oleh itu, tatacara harus disediakan sebagai panduan
penggunaan kantin kepada semua warga sekolah.
3.1 TATACARA PENGGUNAAN AM
3.1.1 Kebenaran Masa Berada Di Kawasan Kantin
Sekolah
ü
Murid
perlu mematuhi peraturan kantin dan hanya dibenarkan berada di kantin pada
waktu rehat iaitu pada pukul 1000 hingga 1020 sahaja. Namun bagi staf sekolah,
waktu berada di kantin tidak terbatas asalkan tidak menganggu jadual bertugas
masing-masing.
3.1.2 Kebersihan Kantin Sekolah
ü
Semua
pengguna mesti mengutamakan kebersihan dengan memastikan kawasan kantin sekolah
dijaga dengan bersih dan bebas dari sampah sarap. Selain daripada itu, kantin
sekolah juga perlu bebas daripada LILATI ( lipas, lalat dan tikus ).
3.1.3 Keselamatan Di Kantin Sekolah
ü
Murid
tidak dibenarkan bermain-main dan berlari-lari di dalam kantin terutamanya
apabila keadaan lantai yang licin terutamanya selepas hujan turun.
3.1.4 Makanan Terlarang
ü
Pengusaha
kantin dilarang menjual sebarang makanan TIDAK HALAL dan murid bukan Islam juga
dilarang membawa dan makan sebarang makanan TIDAK HALAL di dalam kantin.
3.1.5 Laporan Kemalangan Dan Pergaduhan
ü
Pengawas
atau guru yang bertugas hendaklah dimaklumkan apabila terjadi sebarang
kemalangan dan pergaduhan berlaku di dalam kantin.
3.2 TATACARA PENGGUNAAN MURID
3.2.1 Beratur Sewaktu Membeli Makanan
ü
Murid-murid
sentiasa beratur, berkelakuan sopan santun dan mengikut giliran sewaktu hendak
membeli makanan.
ü
Dilarang
sama sekali berebut-rebut dan bertolakan sesama sendiri sewaktu membeli
makanan, mendapatkan tempat duduk dan balik ke kelas masing-masing.
3.2.2 Kebersihan Menjadi Keutamaan
ü
Sentiasa
menjaga kebersihan tempat makan ( meja ) dalam keadaan bersih.
ü
Cuci
tangan dengan sabun sebelum dan selepas makan di tempat yang disediakan.
ü
Dilarang
membuang sampah di merata tempat.
ü
Membuang
bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
3.3.3 Larangan Sewaktu Berada Di Dalam Kantin
ü
Dilarang
makan dan minum sambil berjalan atau berdiri.
ü
Dilarang
membawa makanan dan minuman keluar dari kantin.
ü
Jangan
meludah di kawasan kantin.
ü
Jangan
bergaduh sewaktu membeli makanan dan minuman.
ü
Jangan
membuat bising dan bercakap-cakap sewaktu sedang menikmati hidangan makanan.
3.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU
3.3.1 Pengawasan Tingkah Laku Murid
ü
Guru
perlu mengawas tingkah laku murid semasa beratur dan bergerak sewaktu membeli
makanan dan minuman. Ini bagi mendidik murid-murid berdisiplin tinggi dan
menjadikan urusan pembelian makanan dan minuman berjalan dengan selesa.
3.3.2 Memastikan Makanan Dan Minuman Yang Dijual
Menepati Piawai
ü
Guru
perlu memastikan makanan dan minuman yang disediakan dan dijual oleh pihak
kantin adalah tidak melanggar peraturan-peraturan makanan 1985 dan menepati
piawai kebersihan dan keselamatan kantin sekolah yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia.
3.3.3 Kebersihan Dan Keselamatan Kantin
ü
Guru
perlu memastikan kebersihan dan keselamatan di dalam kantin telah memenuhi piawai
Kementerian Kesihatan Malaysia.
ü
Guru
memastikan makanan yang dijual sentiasa bersih, bermutu, berkhasiat dan selamat
untuk dimakan.
ü
Guru
memastikan semua kemudahan kantin seperti tempat menyediakan, mempamerkan atau
menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih dan kemas.
ü
Memastikan
tiada staf yang akan merokok di dalam kantin sekolah.
4.0 DEWAN SEKOLAH
Dewan sekolah adalah sebuah
tempat yang luas dan dapat menempatkan jumlah murid yang ramai pada satu-satu
masa bagi tujuan perhimpunan, mengadakan sesuatu majlis seperti majlis
penyampaian sijil dan hadiah serta majlis sambutan perayaan serta boleh juga
digunakan untuk latihan atau pertandingan permainan seperti ping pong dan
badminton. Bagi mengelakkan kemalangan atau kecederaan berlaku, tatacara dalam
dewan perlu digubal sebagai panduan manual kegunaan murid, guru dan warga
sekolah.
4.1 TATACARA PENGGUNAAN AM
4.1.1 Ciri-ciri Keselamatan Di Dewan Sekolah
ü
Penyediaan
alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa
diselenggara setiap masa secara berkala. Ini penting untuk memastikan peralatan
tersebut dalam keadaan yang baik semasa hendak digunakan.
4.1.2 Permainan Yang Dilarang Dijalankan Di Dewan
Sekolah
ü
Permainan-permainan
seperti hoki, bola sepak, bola tampar dan sepak takraw tidak dibenarkan
diadakan dalam dewan sekolah disebabkan faktor ruang yang tidak mengizinkan
penggunaannya.
4.1.3 Kebersihan Di Dewan Sekolah
ü
Kebersihan
adalah tanggungjawab semua.
ü
Sentiasa
memastikan dewan sekolah dalam keadaan yang bersih daripada sebarang sampah
sarap.
ü
Jangan
meludah merata-rata tempat.
4.1.4 Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah
ü
Menyediakan
buku catatan penggunaan dewan untuk sesuatu aktiviti.
4.2 TATACARA PENGGUNAAN MURID
4.2.1 Kebenaran Menggunakan Dewan Sekolah
ü
Murid-murid
tidak dibenarkan berada di dewan pada waktu malam sama ada untuk latihan
tarian, nyanyian atau permainan badminton dan ping pong kecuali dengan
pengawasan dan kebenaran seorang guru.
4.2.2 Kebersihan Dewan Sekolah
ü
Dilarang
membuang sampah sarap di merata tempat.
ü
Buang
sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
ü
Jangan
meludah sebarangan di kawasan dewan sekolah.
4.2.3 Laporan Kerosakan
ü
Murid-murid
hendaklah melaporkan kepada guru andai ada sebarang kerosakan yang berlaku pada
kelengkapan dewan.
ü
4.2.4 Pemindahan Dan Pengeluaran Kelengkapan Dalam
Dewan Sekolah
ü
Murid-murid
dilarang memindahkan dan mengeluarkan mana-mana kelengkapan dan barang yang
berada dalam dewan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.
4.2.5 Sentiasa Mematuhi Semua Peraturan Dalam
Dewan Sekolah
ü
Jangan
berlari dan membuat bising sewaktu perhimpunan diadakan.
ü
Sentiasa
berbaris dan tidak berebut-rebut apabila masuk atau keluar dari dewan selepas
sesuatu aktiviti dijalankan.
ü
Tidak
menconteng dinding dan permukaan peralatan yang terdapat di dalam dewan.
ü
Tidak
merosakkan peralatan dengan sengaja.
4.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU
4.3.1 Merekod Aktiviti Yang Dijalankan
ü
Guru
perlu merekod masa dan aktiviti yang dijalankan di dalam dewan sekolah di dalam
buku catatan yang telah disediakan.
4.3.2 Peka Dan Bertanggungjawab Dengan Kemudahan
Yang Ada Dalam Dewan
ü
Guru
harus memastikan keadaan fizikal dewan sekolah selamat digunakan untuk aktiviti
yang telah dirancang.
ü
Guru
harus memastikan ciri-ciri keselamatan diutamakan sebelum aktiviti dijalankan.
ü
Guru
harus memastikan kipas dan lampu hendaklah dipadam selepas aktiviti dijalankan.
4.3.3 Tugas Pengawasan Keselamatan Murid
ü
Setiap
aktiviti yang dijalankan perlu sentiasa diawasi oleh guru bagi memastikan
keselamatan murid terjamin sepanjang aktiviti dijalankan.
5.0 BILIK KOMPUTER
Bilik komputer merupakan sebuah
bilik yang menyimpan banyak perkakas yang berasaskan elektrik seperti komputer,
pelbagai suis, penyambung wayar, soket dan pelbagai wayar. Ciri-ciri
keselamatan amat ditekankan bagi memastikan tiada kemalangan yang tidak
diingini akan berlaku. Beberapa tatacara penggunaan bilik komputer telah
dilaksanakan dari sudut secara am, murid dan guru bagi mempertingkatkan
disiplin pengguna apabila berada di dalam bilik komputer.
5.1 TATACARA PENGGUNAAN AM
5.1.1 Keselamatan Bilik Komputer
ü
Memastikan
semua tingkap dan pintu bilik komputer hendaklah dipasang dengan jeriji bagi
mengelakkan sebarang kecurian dan pencerobohan berlaku.
5.1.2 Keselamatan Peralatan Dan Perisian
ü
Sebarang
peralatan dan perisian tidak dibenarkan dibawa masuk dan keluar kecuali
dibenarkan oleh guru. Ini bagi mengelakkan agar sistem komputer terlindung
daripada virus-virus pada masa kini.
5.1.3 Merekodkan Penggunaan Bilik Komputer
ü
Buku
catatan hendaklah disediakan bagi memastikan semua aktiviti dan tempoh masa
yang digunakan dalam bilik komputer direkod. Ini bagi memudahkan membuat
sebarang laporan andai terdapat sesuatu kejadian idak diingini.
5.2
TATACARA PENGGUNAAN MURID
5.2.1 Kebenaran Menggunakan Bilik Komputer
ü
Semua
murid dibenarkan masuk ke bilik komputer dengan kebenaran dan pengawasan guru.
5.2.2 Benda-benda Yang Dilarang Dibawa Masuk Ke
Dalam Bilik Komputer
ü
Semua
beg hendaklah ditinggalkan atau diletakkan di rak yang berada di luar bilik
komputer.
ü
Semua
jenis makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik
komputer.
ü
Objek
tajam juga dilarang dibawa masuk.
ü
Kasut
dan selipar hendaklah ditanggalkan sebelum masuk ke dalam bilik komputer.
5.2.3 Mencatat Kehadiran
ü
Semua
murid perlu mencatatkan kehadiran mereka di dalam buku caatan yang telah
disediakan di setiap meja komputer.
5.2.4 Laporan Yang Perlu Dibuat
ü
Murid
perlu melaporkan sebarang kerosakan dan bau yang asing kepada guru bagi
tindakan selanjutnya.
ü
Jika
berlaku sebarang masalah kepada sistem komputer hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada guru.
5.2.5 Kebersihan Dan Keceriaan Bilik Komputer
ü
Murid-murid
hendaklah memastikan bilik komputer dalam keadaan kemas dan bersih setiap masa.
ü
Murid
memastikan tidak membuang sampah sarap di merata tempat dan tidak menconteng
dinding bilik komputer bagi memelihara keceriaan dalam bilik tersebut.
5.2.6 Perlu Minta Kebenaran
ü
Murid
perlu memberitahu dan meminta kebenaran apabila hendak megakses internet.
ü
Murid
harus memberitahu guru jika ingin menanggalkan sebarang sambungan pada sistem
komputer bagi mengelakkan renjatan elektrik atau litar pintas berlaku.
5.3 TATACARA PENGGUNAAN GURU
5.3.1 Persediaan Sebelum Memulakan Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
ü
Guru
perlu memastikan semua murid telah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
sebelum memulakan pelajaran.
ü
Guru
menyediakan satu prosedur yang mudah dalam memulakan sistem komputer agar semua
murid dapat menerimanya dengan senang dikuasai.
5.3.2 Laporan Kerosakan
ü
Setiap
kerosakan yang terdapat pada peralatan, guru haruslah merekod dan membuat laporan
untuk tindakan yang selanjutnya.
5.3.3 Kerja-kerja Penyelenggaraan
ü
Guru
memastikan kerja-kerja peyelenggaraan dan baik pulih seharusnya dilakukan dari
masa ke semasa bagi memastikan sistem
komputer berada dalam keadaan yang terbaik diguna setiap masa.
PENUTUP
Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat, udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di kawasan sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan